Rabu, 10 April 2013

EVOLUSI KOMPUTER

Komponen utama dalam komputer generasi pertama merupakan tiub vakum. Tiub
vakum adalah tiub-tiub elektronik sebesar lampu (light bulbs). Oleh kerana beribu-
ribu tiub vakum diperluakn, ia menjana haba yang banyak, menyebabkan pelbagai
masalah terutamanya dalam pengawalan suhu komputer. Tambahan pula, tiub-tiub
vakum mudah rosak, dan mereka yang menggunakan komputer tersebut tidak tahu
sama ada terdapat kesilapan dalam pengaturcaraan komputer atau kerosakan pada
komputer tersebut apabila komputer yang mereka gunakan "meragam".

Satu masalah dalam penggunaan komputer generasi pertama ini ialah bahasa yang
digunakan merupakan bahasa mesin (machine language), yang menggunakan
rangkaian nombor-nombor. Rangkaian nombor-nombor ini adalah merupakan
arahan-arahan yang diikuti oleh komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Disebabkan proses penggunaan nombor untuk menulis aturcara komputer, ini
menyukarkan proses pengaturcaraan komputer tersebut.

Komputer generasi pertama lazimnya digunakan khususnya untuk tujuan saintifik.
Oleh kerana saiznya yang amat besar, ketidaktepatan pemprosesan data dan
harganya yang tinggi, ramai yang menganggap bahawa komputer akan kekal
sebagai suatu alat yang digunakan untuk tujuan yang saintifik sahaja, bukan untuk
kegunaan umum.

Generasi Kedua, 1959 - 1964: Transistor

Transistor telah dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W.
Brittain dan W. Shockley. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di
mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui
perintang. Transistor mempunyai beberapa kelebihan jika dibanding dengan tiub
vakum. Antaranya ialah saiznya yang kecil, penggunaan tenaga yang rendah
berbanding tiub vakum, dan kecekapan transistor yang lebih baik berbanding tiub
vakum.

Bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh komputer generasi keuda ini adalah
bahasa perhimpunan (assembly language). Bahasa perhimpunan menggunakan
singkatan huruf yang dipanggil mnemonik (mnemonics) untuk arahan-arahan
komputer, misalnya MV untuk MOVE, CMP untuk COMPARE, dan sebagainya. Ini
membuatkkan proses pengaturcaraan komputer lebih mudah berbanding dengan
menggunakan bahasa mesin.

Setelah itu, bahasa paras-tinggi (high-level languages) pula diimplimentasikan
dalam proses pengaturcaraan komputer. Contoh-contoh bahasa pengaturcaraan
paras tinggi pada masa itu termasuk FORTRAN (FORmula TRANslator) dan COBOL
(COmmon Business-Oriented Language). Bahasa pengaturcaraan paras tinggi lebih
mudah difahami jika dibandingkan dengan bahasa perhimpunan, kerana ia

menggunakan frasa-frasa Inggeris ntuk melaksanakan arahan-arahan komputer.

Dalam pada itu juga, pak cakera yang pertama dipasarkan, di mana ia
membolehkan pengguna menyimpan data serta memperolehi maklumat yang
terkandung dalam pak cakera tersebut dengan lebih pantas berbanding penggunaan
pita magnetik.

Generasi Ketiga, 1965 - 1970: Integrated Circuit

Intergrated Circuit (lebih dikenali sebagai IC) merupakan satu rangkaian litar
elektronik lengkap dalam satu cip silikon yang kecil. Ia mula digunakan pada tahun
1965. Satu IC mampu menggantikan satu papan litar yang penuh dipasang dengan
transistor-transistor, di mana IC tersebut lebih kecil saiznya daripada transistor
tersebut.

Cip IC mempunyai kelebihan berbanding dengan transistor, antaranya termasuk kos
yang rendah dalam pembuatan cip IC tersebut, penggunaan teraga yang rendah,
kepadatan cip IC tersebut (mengurangkan masa pengaliran elektrik dalam cip
tersebut), dan kecekapan cip IC berbanding transistor.

Generasi Keempat, 1970 - kini: Microprosessor

Microprosessor, atau pemproses mikro, adalah merupakan evolusi daripada cip IC, di
mana ia merupakan rangkaian-rangkaian C di dalam satu cip silikon yang kecil. Oleh
itu, komputer masa kini adalah 100 kali ganda lebih kecil daripada komputer
generasi pertama, dan satu cip pemproses mikro adalah lebih berpotensi dan lebih
hebat daripada sebuah computer ENIAC (komputer komersil pertama). Pemproses
mikro adalah asas bagi pembinaan dan rekabentuk komputer masa kini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar